0 comments

Wan Sharmila dengan imej baru, rambut kriting


Semenjak aktres genit kelahiran Johor Bahru, Johor, Wan Sharmila, 28, mula meniti langkah di pentas lakonan tanah air, dia begitu sinonim dengan watak-watak remaja yang berwarna-warni dan penuh ceria. Malah makin lama 'lamaran' lakonannya juga bertambah banyak. Sana sini produser mahu Wan memengang beberapa watak penting. Baru-baru ini Wan mendapat tawaran menjadi guru bernama Siti Hawa untuk telefilem terbaru Bianglala Di Kaki Langit itu juga bakal menyaksikan Wan akan bertudung buat pertama kalinya. Nak bertudung rambut macam dah kembang nie. Hehe.
read more
1 comments

Jokes: rupenyer Udin Yang Pekak

Terlupa Makan Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.
Isteri: Bang, bangun bang… bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie…
Isteri: Abang lupa makan ubatla… cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^ ?

Masalah Pendengaran Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
“Seberapa burukkah pendengarannya?” tanya doktor.
“Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.”
“Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.”
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, “Makan apa kita malam ini?” Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. “Makan apa kita malam ini?” katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
“Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!”
Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!
read more