Radhi OAG masuk tabligh,ingin mendekati ilmu akhirat selepas kegagalan rumahtangganya


terjumpa dengan penyanyi Radhi ketika sesi tayangan filem V3: Samseng Jalanan arahan Farid Kamil. Memang dalam cerita itu Radhi sesuai sangat dengan watak Lan yang ala-ala mabuk tapai itu.

Rancak bercerita tentang lakonannya, dia sempat menyatakan rasa terkilan kerana tidak menggunakan suaranya sendiri. Tetapi dia tetap bersyukur diberi peluang berlakon.

Cerita punya cerita, rupa-rupanya Radhi kini dalam fasa mendekati ilmu akhirat.

Katanya, dia telah menyertai jemaah tabligh sebagai proses untuk menyucikan diri dan mencari ketenangan. Katanya, dia nak merapatkan diri dengan Tuhan kerana sebelum ini dia banyak ditimpa musibah termasuk kes cerainya.

Radhi sekarang baru selesai merakam sebuah lagu yang dituju khas untuk rakyat Malaysia.

Sebagai anak Malaysia dia sangat berkobar-kobar menggubah lagu tersebut dan akan diperdengarkan sedikit masa lagi. "Ini ala-ala lagu Satu Malaysia juga," katanya

0 comments:

Post a Comment