0 comments

Kisah Benar ~ Kes-kes Sihir Malam Pengantin

Hek eleh...biaso orang dulu2 suka buek pedajal...mak ayah dah sleep..sedaro maro dah titun...suasana dah sonyap..tingal sepasang merpati sejoli duk dak..duk dak..duk dak..Iolah upacara pecah tanah le katakan...

Tongah sodap2 bila sampai final part nak Piling jo...Dayung Patah...Hishhhh kecewa..Jenuhlah ditimang-timang..di jontik2 di belai2 tak gak mau dia naik..merajuk kut..hati berderau...yg Hero dah teraso kepalo dihenyak Steam Roll...Yg mini diam jo..nak merengek malu le pulok...so malam berlalu begitu...di pagi hari...Kuli dah bangun..Hero pun kata..malam tadi penat...tu pasal tak naik...he..he..pagi2 dah bangun..Towkey belum bangun...Mulakan balik acara yg terhenti...sampai nak Piling aje..zap...patah lagi..Aduss...tepuk dahi...

Sihir camni biasanya kengkawan je yg buek...saja nak pedajal kawan...lepas tu paginya ado yg kena golak...di ketawa kan kengkawan...kasar gurau...

Namun kalau dah lebih 3 hari tu bukan gurau dah...Tu mangkuk ayun namanya...

Banyak kaedah nak gurau camni..tapi make sure kawan tu jenis boleh buat gurau...kang berparang...

Dulu ada DEN terimo kes...DEN tgk omak budak jantan sendiri yg upah bomoh buek kat anak laki dio...mental punya mak...dah tak suka menantu...ada ke buek camtu...tapi kalau fikir balik..maybe dia ada niat baik...kira dia taknak menantu tapi dia nak pulangkan balik pada keluarga still intact ( Janda berhias )...takdolah orang suspek apo...cumo kelemahan anak jantan dio yg tak jantan...masalahnya dia buek pakai pisang emas...yg masak sebiji di atas peti...last2 terus mati...Omak dio terlupa buek caro pisang omas ni ada risiko...jangan sampai pisang tu layu habis atau dah tinggal kulit jo..alamat tak dapek nak nolong lagi...tak bercucu le makcik oi...


Itu ikut cara tradisonal le. Sebenarnya masih muleh di ubat...sebab pada hakikatnya pisang tu pun dari tiada menjadi ada menjadi tiada...So kita gunakan lah hakikat semua tu takda..yg ada hanya Allah jua...Ada orang cepat panik bila perawat kata..dah tak dapat nolong sebab mende2 tu dah musnah..samada daun keladi yg diikat tali kasut dan lain2...


Lazimnya kaedah jenis ikat, perawat kenalah prihatin sedikit...sedangkan tangan yg lama tertindih meja pun rasa kebas...inikan pula menda yang lama diikat tanpa ada aliran darah pastilah kebas...Walau sudah dipulih sihirnya...kenalah di alirkan kembali dan diadjustkan urat2 zakar tu. Kalau sapu minyak Kelapa Kotai pun ok...he..he..he..

Biasanya kes camni akan berlarutan. Meskipun pasangan tersebut berjaya melakukan upacara pecah tanah.. Antara kes yg den temui...suami terasa amat sakit seperti di garit jarum...lantas cepat berhenti. Isteri pula ada yg sampai tahap busuk hanyir sehingga terpaksa masuk hospital.
read more
0 comments

Romeo dan Juliet Malaysia? Penjaga Stor membunuh teman wanita dgn mencekik


SHAH ALAM - Cerita seorang lelaki bahawa dia dan teman wanitanya bercadang untuk membunuh diri bersama-sama dengan meminum racun seperti pasangan Romeo dan Juliet dua tahun lalu ditolak Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pembelaan tertuduh, Shahrul Nizam Mohd. Shah, 38, tidak dapat diterima apabila hasil bedah siasat terhadap mayat Nurul Hazira Bharum, 28, (gambar kecil) mendapati punca kematiannya adalah lemas akibat dicekik menggunakan tudung.
read more
0 comments

Tips:Gambar cara-cara untuk menjaga anak dengan betul..PENTING

Haa...benda nie penting..jadilah ibu bapa yang normal dan menjaga anak dgn cara yang betul agar tidak memudaratkan anak..jangan la jadi dummies parent sgt sampai xtau mcm mana jaga anak..haha..funny...enjoy!!








Klik sini ..
read more
0 comments

Radhi OAG jawab "tak ingat pernah melafazkan cerai talak tiga kepada Isterinya Shazlin" kerana pengaruh ubat tidur?




PETALING JAYA: Setelah berkali-kali diasak dengan soalan yang sama, vokalis OAG, Radhi sedikit tertekan dengan peguam yang mewakili isterinya, Rubiah Jaafar ketika perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Rubiah menyoal Radhi bagi mengesahkan sama ada dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk menceraikan isterinya, Shazlin Sharif sekitar Februari 2009.

Namun, jawapan yang keluar dari mulut Radhi semuanya berbunyi ‘tidak’ dan menafikan perbuatan itu. Setelah beberapa kali disoal perkara yang sama, terus dia menyimpulkan: “Saya tak pernah lafaz (cerai).”

Seperti yang didakwa oleh Shazlin, suaminya pernah menerima panggilan daripadanya sehingga lelaki itu melafazkan ‘Aku ceraikan kau talak tiga terus, ok’ pada Februari 2009.

Namun Radhi sendiri menjawab ‘tidak ingat’. Apabila Rubiah berkata dalam nada tegas yang Radhi pura-pura tidak ingat, kemarahan pelakon itu jelas terpancar.

Dalam nada marah, Radhi berkata: “Saya memang tak ingat, bukan pura-pura tak ingat.”

Namun begitu, apabila sesi soal balas beralih kepada Hakim Syarie Ghazali Ahmad, Radhi menjawab soalan dengan tenang dan mengakui ada menghantar SMS kepada Shazlin.

Apabila disoal bagaimana keadaannya sewaktu menghantar SMS tersebut, Radhi berkata: “Mungkin saya separuh sedar kerana dalam pengaruh ubat tidur. Mungkin saya ambil ubat tidur kerana tidak boleh tidur.”

Ketika di luar mahkamah, Radhi yang mengikat kepalanya dengan kain serban hitam dan putih serta mengenakan baju Melayu biru muda akui tidak selesa apabila disoal bertubi-tubi oleh Rubiah.

“Saya rasa tertekan sedikit kerana banyak soalan yang perlu dijawab tetapi saya redha dengan soalan-soalan itu kerana berhajat kes ini diselesaikan secara baik.

“Saya perlu bersyukur kerana kes ini akan sampai ke kemuncaknya pada satu hari nanti,” jelas Radhi.

Sementara itu, ketika ditanya maksud ‘selesai cara baik’ mengikut kehendak Radhi, dia menjawab: “Saya mengharapkan keputusan yang baik. Kalau cara dia memohon itu secara baik, saya akan lepaskan secara baik.”

Radhi diwakili oleh peguam syarie Musa Awang. Ghazali memutuskan tarikh 19 April ini untuk peguam kedua-dua belah pihak memfailkan hujah.

Kata Musa, Hakim Syarie akan menentukan tarikh keputusan kes tersebut selepas kedua-dua peguam itu memfailkan hujah masing-masing.
read more
1 comments

Filem Terbitan KRU: Magika layak dpt rating 5 Bintang drpd 5 bintang..Setaraf Alice In wonderland



Lagu tema Filem Magika : Penyembuh Rindu...best..mawi nampak hensem sket bila berambut panjang...

Buah tangan terbaru terbitan KRU Studios telah berjaya memikat hati pihak media apabila ia dipertontonkan baru-baru ini. "Magika", filem arahan pertama daripada Edry Abdul Halim, adik kepada Norman dan Yusry ini dijangka memberi sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah ditonton oleh peminat filem tempatan. Berkonsepkan muzikal adventure yang buat pertama kalinya dihasilkan dalam filem tempatan, penonton bakal saksikan kesemua barisan pelakon yang terlibat dengan filem ini menyanyi!


Filem ini mengisahkan dua adik-beradik, Ayu (Diana Danielle) dan Malik (Fimie Don) yang sesat di sebuah dunia ghaib bernama Magika. Berusaha mencari jalan keluar, Ayu dan Malik terpaksa mengharungi pelbagai rintangan, namun mereka bernasib baik apabila Badang (Mawi) cuba membantu mereka. Pada masa yang sama, bibit-bibit percintaan mula timbul di antara Ayu dan Badang.


Jika sebelum ini kita kerapkali disaji dengan kisah-kisah dongeng popular dari barat seperti Cinderella, Peter Pan, Snow White and the Seven Dwarfs dan banyak lagi. Berbeza pula dengan "Magika". Jalan ceritanya berkisahkan beberapa cerita rakyat popular seperti Pak Pandir dan Mak Andeh, Mahsuri, Puteri Gunung Ledang, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Nenek Kebayan, Bawang Putih Bawang Merah, Orang Minyak, Hang Tuah dan lima beradiknya, Badang dan banyak lagi.Jadi idea untuk menerapkan cerita-cerita rakyat ini dalam filem sangat bagus agar ia tidak dilupakan begitu sahaja terutama sekali oleh generasi muda. Malah Edry turut mengharapkan filem kelima terbitan KRU ini yang kerapkali dibandingkan dengan "Alice In Wonderland" mampu memberi pengajaran kepada penonton kerana terdapat mesej-mesej yang terselit di sebalik kisah-kisah tersebut.

"Magika" menyaksikan penampilan pelakon dan artis terkenal tanah air seperti Mawi, Ning Baizura, Ziana Zain, M.Nasir, Maya Karin, Aznil Hj. Nawawi, Adibah Noor, Dato' Jalaluddin Hassan, Vanidah Imran, Fauziah Ahmad Daud, kumpulan Senario dan ramai lagi. Memandangkan ia bergenre muzikal, tidak sah jika penonton tidak disaji dengan lagu-lagu menarik yang dinyanyikan oleh barisan pelakon. Memanglah benar kebanyakan pelakon "Magika" adalah seorang penyanyi yang hebat. Tiada siapa dapat menandingi suara Ning, Ziana, Adibah dan juga sifu M.Nasir. Namun pujian harus diberikan kepada pelakon-pelakon lain kerana mereka juga tidak kurang hebatnya terutama sekali Diana Danielle. Walaupun lakonannya agak sedikit kaku di sesetengah babak, namun nyanyiannya menutup kekurangannya itu. Gabungan Diana sebagai 'kakak' kepada pelakon cilik Fimie Don juga serasi. Lakonan Mawi pula layak diberi pujian walaupun masih kaku. Namun jika dibandingkan dengan lakonannya melalui filem arahan Azahari Mohd Zain "Jin Notti" (2009), lakonannya kali ini ada peningkatan dan ia tidak mengecewakan. Mawi masih perlu banyak memperbaiki skil lakonannya kerana dia berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan. Walaubagaimanapun gandingan Mawi dan Diana nampak sedikit kekok kerana kelihatan seperti abang-adik.

Tidak sah jika filem-filem terbitan KRU tidak mempunyai teknik penjanaan imej-berkomputer (CGI). Lihat saja filem-filem sebelum ini - "Cicakman", "Jin Notti", semuanya menggunakan teknik CGI. Namun penggunaan teknik CGI dalam "Magika" lebih berkesan dan nampak benar terutama sekali di babak ketika Ayu dan Fimie cuba melintasi jalan Batu Belah Batu Bertangkup dan saat diserang oleh Naga Tasik Chini.

Dengan sinematografi yang cantik, CGI yang nampak benar, lagu-lagu 'catchy' dan lakonan hebat, "Magika" telah meletakkan satu 'standard' baru dalam industri filem tempatan. Filem yang memakan kos RM2 juta ini telah menunjukkan filem tempatan semakin meningkat dan mampu ke persada dunia jika berpeluang. Walaubagaimanapun kepada mereka yang telah menonton "Magika" dan mengharapkan sekuel akan menyusul, bermimpilah kerana Edry ingin "Magika" ditamatkan seperti itu sahaja. Namun jika diberi peluang menghasilkan sebuah filem muzikal sekali lagi, Edry memberitahu dia akan mencari idea baru dan 'fresh' untuk dipertontonkan. Nampaknya filem pertama Edry akan berjaya menarik perhatian orang ramai. Tahniah Edry!


"Magika" dijangka untuk tayangan pada bulan September 2010.

Tonton Trailer Magika...amacam,ade tak rupe2 mcm Alice in wonderland?
read more
0 comments

Funny Video: Aksi kucing-kucing yg comel dan funny



siapa2 yg bela dan slalu main dgn kucing mesti dah kenal dgn perangai kucing...kucing nie kelakar..hampir 90% aksi kucing nie sensasi pernah tgk kucing2 sensasi bwat..haha
read more
0 comments

Lisa Surihani semakin terbuka untuk menyesuaikan dgn gelaran anak wayang




Cik lisa kiter yg sopan inncocent nampaknye semakin terbuka (open minded) dgn gambarnye memeluk Aaron Aziz dan dipeluk Farid Kamil...ngee..
read more
0 comments

Proton terbaru dan Lebih baik..Proton Persona Elegance,hasil kolaborasi dengan Lotus



read more
0 comments

Penggambaran Alice In wonderland di Midvalley..jom tengok


cube tengok Mad Hatter nie,hensem mcm Johny Depp tak?hehehe...cina manalah yg jd Mad Hatter nie..hehe..agak geli hati tgk..comel2.. si White Queen nie,lak nampak mcm kelabu sikit..hee


kahkah...xleh blah..comel giler..
























best kan tgk derang pakai kostume..kalau kanak-kanak tengok mesti teruja..mcm saya!









read more
0 comments

Yanie Mentor Meninggal kerana Ketumbuhan Paru-paru



KUALA LUMPUR 21 Mac – Peserta pertandingan nyanyian realiti, Mentor, Yanie, meninggal dunia pada pukul 4 petang ini di Hospital Keningau, Sabah kerana ketumbuhan pada paru-parunya.

Mentornya dalam pertandingan itu, Ning Baizura memberitahu, Yanie atau nama sebenarnya Sitti Suriane Julkarim telah menghidap penyakit itu sejak empat bulan lalu.

“Saya berasa terkejut dan tak sangka dia diserang penyakit itu. Kali terakhir saya berjumpanya ialah pada Julai lalu,” katanya ketika dihubungi di Bangkok, Thailand.

Ning yang berada di sana kerana menjalani penggambaran iklan komersial berkata, keluarga Yanie tidak dapat dihubungi oleh media massa kerana mereka tidak mahu diganggu ketika ini.
read more
0 comments

Lan Kristal Suami Romantik dan bakal Jadi bapa tak lama lagi



Isteri Lan Kristal,sheila kini hamil 3 bulan.Pasangan yang bernikah pada 5 Desember 2009 bakal menimang cahaya mata sulung mereka bulan Ogos tahun ini..Tahniah tahniah..

Honeymoon baby la nie..menurut kata Lan " Lepas habis kenduri sebelah saya awal Januari ,Isteri mengadu tidak dtg bulan,sy dah syak mesti dia mengandung.Saya beli alat ujian kemahilan tetapi hasilnya negatif,kemuadian saya bawa jumpa doktor,alhamdulillah doktor mengesahkan Sheila Hamil."

Sheila dikatakan mengalami alahan teruk dan masalah2 wanita hamil seperti muntah-muntah,xtahan bau bauan dan sebagainya.Sheila juga mengidam buah sengkuang,Lan kristal sedaya upaya keliling satu KL utk cari apa yg diminta siteri nya..

Walaupun sudah lama bercinta,Lan dan Isteri kelihatan sgt mesra dan romantis,kemana sahaja berpegangan tangan..Lan juga byk membeli buku-buku tentang kehamilan,untuk berkongsi ilmu dengan isteri tercinta...bagus kan lan nie...
read more
0 comments

Zizan Nin bersanding dengan Isterinya Fazilah Hani



MAJLIS persandingan pasangan pengantin baru pelakon Zizan Nin, 37, dan Fazilah Hani Harun, 30, berlangsung secara sederhana namun meriah di Dewan Perdana Felda, di sini, malam tadi.

Pasangan mempelai yang tiba tepat pada pukul 9 malam disambut dengan paluan kompang dan persembahan pancaragam mengiringi pengantin sehingga menjejakkan kaki ke gerbang pelamin.

Majlis yang berkonsepkan perkahwinan dalam taman dengan menggunakan gabungan warna putih suci dan merah jambu dihiasi denganbunga-bungaan yang menceriakan lagi majlis.



Acara dimulakan dengan bacaan doa sebelum upacara merenjis dan menepung tawar mempelai menyusul. Ia didahului oleh ibu bapa saudara pengantin perempuan diikuti ibu bapanya dan bapa kepada pengantin lelaki.

Sepanjang majlis berlangsung, tetamu turut dihiburkan dengan nyanyian penyanyi undangan dan persembahan nyanyian buat julung kalinya daripada rakan baik Zizan, pelakon Tony Eusoff.

Kira-kira 1000 tetamu yang hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada saudara mara dan rakan taulan kedua-dua belah pihak pengantin.

Selain itu beberapa rakan artis seperti Aqasha, Tony Eusof, Korie serta rakan-rakan sekerja Fazilah dari stesen ntv7 turut memeriahkan majlis.



Pasangan Zizan dan Fazilah Hani selamat diijabkabulkan pada 19 Mac lalu di Masjid Negara, Kuala Lumpur dengan hanya sekali lafaz.






read more