0 comments

Video Lawak: Johan & Zizan - Tiru Gaya Artis ~ Zifi



kahkah kelakar giler...Watak Zifi nie diambil bagi meniru gaya Dafi la konon2nyer..
Baek punyer...hahaha..
Aksi nie kan,menyebabkan Si dafi nak saman tau..sebab terover aksi...as if si dafi nie lembut sgt.,,atau anak manja..hehe..tak kesah la,nie sume takat hiburan je...
Layan taw..Baek punyerr
read more
0 comments

Leez AF4,masih setia pada Zizan Raja Lawak walaupun sudah setahun ditinggalkan




Sudah setahun lebih, bintang Prelude AF4, Leez putus cinta dengan pengacara dan pelakon, Zizan, Raja Lawak. Namun, masih ramai yang tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan mereka. Dalam pertemuan bersama Leez baru-baru ini, cuba menanyakan persoalan ini kepada gadis berkulit hitam manis ini. Namun,dia sendiri mengakui tidak punya jawapannya kepada soalan berkenaan.



"Terus-terang saya katakan saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan saya dengan Zizan. Dia tinggalkan saya begitu saja tanpa menjelaskan apa-apa. Sampai saat ini pun, saya masih tidak tahu sebabnya. Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, populariti mungkin boleh mengubah segala-galanya. Saya terima. Awalnya agak sukar jugak untuk saya terima hakikat tersebut.
"Buat masa ini, saya tidak fikir saya sudah bersedia untuk ke arah itu (cari lelaki lain). Biarlah saya tumpukan perhatian pada kerjaya seni saya. Saya nak kumpul duit dulu," katanya lagi
read more
0 comments

Wajah Megan Fox Dalam yearbook Picture...nerd je


Ok mari kite kenali serba sedikit tentang Megan Fox nie..the Sexiest woman alive?
Entah kenapa all guys sume nak Megan Fox ..megan Fox…huhuhu..
Megan Fox dilahirkan pada 16 May 1986…tahun rimau tuh…
Dia ada sorang kakak,Mak ngan ayah dah bercerai sejak dia masih kecik,dan dia dibesarkan oleh mak dan ayah tirinya dengan cara hidup yg tegas.Dia juga tak dibenarkan utk memiliki boyfren…dia tinggal bersama ibunya sehinggalah dia mampu menyara diri sendiri…skrg dah kaya raya dah..

Megan memberitahu sensasi (ceh konon2)bahawa semasa bersekolah dulu,dia sering dibuli dan dipersenda rakan2..dia selalu menhabiskan masa makan tengahari di dalam Bilik air/jamban utk mengelakkan dilontar dgn paket sos tomato..Kata Megan masalahnya bukan sebab paras rupa..tp sebab “ dia selalu lebih mudah mesra dengan lelaki” atau simple lg,guys favourite gurl @ school la..,juga sebab kdg2 Megan Fox terkacau Bf org dan jugak bergaul dgn org2 yg x sepatutnya.

Megan juga cakap kat sensasi,Dia tak pernah fofular kat skolah menengah/high school ,”semua org bencikan saya,saya disisih,kwn2 saya semuanya lelaki,sy ada perwatakan yg kasar dan agak tomboy,rakan2 perempuan tak suka dgn sikap sy yg sebegitu.sy Cuma pernah ada sorang kwn perempuan yg baik seumur hidup sy .Dia juga menekankan bahawa dia benci alam persekolahannya,dan tidak percaya akan pembelajaran secara formal.
P/S: Megan Fox pernah cuba bunuh diri dan pernah dimasukkan ke hospital mental skjp kerana mengalami tekanan jiwa yg mendalam semasa alam persekolahan..ish3..dasyat nyer…cian

read more
0 comments

Sekitar Majlis Memperkenalkan Tengku Ratu Haidar







































































read more
0 comments

Mamat Exist sah bercerai talak dua dengan bekas isteri

Penyanyi dan penghibur terkenal, Mohd. Ali Kamarudin atau Mamat Exist, 32, yang pernah dituduh bersalah mencuri di Singapura tahun lepas kini disahkan bercerai talak dua dengan bekas isterinya, Marshila Mustapa Kamal, 30, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kelmarin (24/2). Hakim Ab. Malek Awang memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pihak.

Lafaz cerai itu didakwa berlaku pada 29 Oktober 2009. Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan mempunyai tiga orang anak iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.

Jika sebelum ini kita mendengar gossip tentang Mamat sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal (Shila), dan tersebarnya gambar² Mamat dengan kekasihnya. Kemudian kita hanya mendengar perjelasan sebelah pihak iaitu dari Mamat saje.

Kali ini isteri Mamat pula tampil memberi kenyataan dan sekaligus pecah tembelang Mamat selama ini.

Rupa²nya mereka telah lama bercerai. Mamat telah melafazkan cerai kepada isterinya pada bulan Oktober lalu. Isterinya, Shila mendedahkan rahsia tersebut kerana tidak puas hati dengan kenyataan Mamat sebelum ini yang seolah² Mamat masih bertanggungjawab ke atas keluarganya.


"Kami sebenarnya telah pun bercerai apabila Mamat melafazkan talak kepada saya sekitar Oktober lalu. Saya kesal bila kenyataan yang dikeluarkan Mamat dalam sebuah akhbar! seolah-olah mahu menunjukkan yang dia begitu menyayangi keluarganya, walhal Mamat telah pun melafazkan cerai kepada saya," terang Marshila tanpa berselindung sambil memberitahu kes itu akan dibawa ke mahkamah tidak lama lagi bagi mengesahkan lafaz berkenaan.


Shila juga mendedahkan bahawa punca perceraian mereka adalah kerana wujudnya orang ketiga iaitu seorang gadis yang baru berusia 16 tahun. Gadis dalam gambar yang tersebar tu la.


Gambar (bekas) isteri Mamat exist, Marshila Mustapa Kamal (Shila)


gambar semasa di mahkamah syariah

Gambar kenangan perkahwinan mamat dan Shila
Mamat bersama gadis 16 tahun yang dikatakan org ketiga
read more
0 comments

Tips mama:10 Cara Untuk bangun dengan Jelita,Cantik,Hensem,dan Kacak!!



1.Permulaan awal
Pastikan korang menjadikan tabiat mencuci muka beberapa jam sebelum tido..sebab if korang tggu sampai korang dah ngantuk dan penat,dikhuatiri anda jd malas nak cuci muka,dan membenarkan toxin,kekotoran,habuk,utk bermaharajalela sepanjang malam,,..bila kulit anda tersumbat,mulalah tumbuh jerawat,liang roma tersumbat,liang roma terbuka..selain itu anda juga rugi la,sebabnye waktu tidor malam adalah waktu terbaik utk pemulihan kulit..sebabnya semasa tidor malam,pengaliran darah di wajah terus mengalir sampai ke permukaan kulit,oleh itu ianya bagus utk menyerap kebaikan2 utk penjagaan kulit..sebab tue kdg2 kita lihat ada mcm2 krim utk dipakai waktu sblm tidor..sbb sblm tido,kulit lebih menyerap kebaikannya..kalau kotoran yg ada,faham2 la,lebih mudah kulit menerima masalahnyer..

2.Tidur melentang,jangan tidor meniarap
Tidur meniarap adalah sgt tidak baik utk “beauty sleep”..berat purata kepala kita adalah lebih kurang 7-8 pounds,jadi terdapat byk tekanan yg anda letak di wajah anda kalau anda tidur secara meniarap..bahkan,pakar kulit menyatakan bahawa mereka boleh mengenali org yg suka tidor meniarap dgn hanya melihat muka mereka..berkedut x hengat!..ingat tidur meniarap menambahkan lagi pejnghasilah kedut2 dimuka…

3. Tidurlah dengan kepala yang lebih tinggi drpd badan..
Tidur dengan kepala diletakkan lebih tinggi iaitu gunakan 2 bantal..kalau x suka tido atas bantal,korang leh letakkan ” headrest area” kepala dan leher diatas 2-4 inchi tebal kayu .Ini kerana gravity membantu limpa dan darah untuk mengalir supaya cecair/air tidak terkumpul dimuka…haa..air nie la dikatakan sbgai water retention,dimana menyebabkan wajah anda tembam atau menggelebeh..sbb byk air…kenapa byk air?sbb pengaliran darah kat muka x bagus..kalau muka anda dah tembam sebab ader water retention,jangan risau..nanti mama-cantik akan ajar you all,urutan muka yg membantu menghilangkan water retention tersebutl…mcm face reshaping massage la nie..

Baca lagi tip dari mama-cantik nie..ada lagi 7 taw!
read more
0 comments

Harith Iskandar bakal kahwin hujung tahun nie dgn model @ student medic berusia 27 tahun berbangsa cina


SETELAH sekian lama membujang, pelakon dan pelawak, Harith Iskander mengakui bakal mengakhiri zaman bujangnya akhir tahun ini.

Jejaka yang berusia 43 tahun itu turut memberitahu akan melangsungkan perkahwinan bersama gadis kacukan Cina - India, Jezamine Lim, 27 yang juga seorang doktor, pada akhir tahun ini.

"Saya sudah pun bertunang secara tidak rasmi pada 14 Februari lalu setelah setahun perkenalan, pada awalnya kami merancang untuk berkahwin pada 10.10.10 namun ramai yang mengambil tarikh tersebut untuk melansungkan perkahwinan.

"Jadi kini kami masih lagi mencari tarikh yang paling sesuai," ujar Harith
Ketika ditanya tentang gadis yang berjaya mencuri hatinya itu, Harith mengakui Jezamine merupakan seorang yang istimewa dan terbaik pernah dijumpai setakat ini.

"Saya tersentuh apabila ketika kami sedang duduk minum bersama dan ada seorang datang minta sedekah dan dia suruh mereka duduk dan makan bersama kami. Dia sangat baik hati.

"Dia menyukai saya bukan kerana saya Harith Iskandar, malah dia tidak kenal siapa saya. Saya dapat rasakan dia menyintai saya kerana saya bukan kerana harta benda atau populariti saya,"

Menurut Harith, perkenalan yang bermula di laman sosial Facebook awal tahun lalu telah menimbulkan bibit-bibit cinta setelah 5 bulan berkawan.

"Pada awalnya saya hanya mahu berkawan tapi keserasian antara kami membuatkan saya yakin untuk bersama dengannya.

"Kami saling memberi pendapat ketika berhadapan dengan masalah, seboleh-bolehnya saya dan dia tidak mahu pergaduhan atau masalah itu berpanjangan," ujar Harith.

Sementara itu, Harith memberitahu Jazemine masih lagi dalam proses mempelajari agama Islam sebelum benar-benar bersedia untuk memeluk Islam.

"Dia masih dalam proses mengenali Islam, Insya-Allah dalam masa terdekat ini dia akan masuk Islam tapi biarlah dia benar-benar bersedia terlebih dahulu," ujarnya Harith yang bakal berlakon dalam teater Cuci the Musical 2 pada Julai hadapan.

Gambar Jazemin kekasih harith~model sambilan dan pelajar medic di melaka

read more
0 comments

Video lawak:koleksi Sketsa Salleh yaakob

hehe,comelnyerrr Siti masa tahun 1996 taw!! tgk minit ke 2.19..hehe
read more
0 comments

Suami Ida Nerina Sanggup Bersumpah Pernah Lafaz Cerai ~ish3 nak sgt2 cerai nye...apa kes?

Sensasi:mcm nie ka husband?bila bini sakit,risiko lumpuh terus tggalkan je...hmmm..


KUALA LUMPUR: Sha’arin Mohd Razali sanggup bersumpah dia pernah melafazkan cerai terhadap isterinya, aktres Ida Nerina Hussain.

Bekas anggota kumpulan Blackrose yang dikenali sebagai Shahrin itu mengaku di hadapan Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin dalam kamar hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini semalam.

Sementara itu, Ida tidak hadir ke mahkamah kerana masih menjalani rawatan kesihatan di luar negara.

“Ida menghubungi saya dan memberitahu dia masih mendapatkan rawatan dan bukannya sengaja lengah-lengahkan kes ini.

“Dia juga kata dia ‘ok’ dan akan datang pada hari perbicaraan nanti,” kata peguamnya, Akhbardin Abdul Kadir ketika ditemubual di luar mahkamah.



Atas sebab itu, Mohd Yunus memutuskan perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai di bawah Seksyen 55A Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 ini ditangguhkan pada 13 dan 21 April depan.

Perbicaraan pertama pada 13 April ini akan dimulakan dengan keterangan Sha’arin selaku plaintif.

Difahamkan, jika Ida tidak hadir ke mahkamah selepas ini, hakim akan membuat keputusan perbicaraan kes ini tanpa kehadirannya di bawah Seksyen 121 (1)(b) Akta Tatacara Mal Wilayah Persekutuan 1998.

Pada 22 Januari lalu, Ida melalui peguamnya, Akhbardin Abdul Kadir bersetuju untuk diceraikan secara baik. Pada 22 Disember lalu, Akhbardin berkata anak guamnya itu tidak bersetuju dengan permohonan pengesahan cerai yang difailkan oleh Shahrin. Pada 23 November lalu, Shahrin memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah tidak tinggal sebumbung dengan Ida sejak lebih dua bulan lalu.

Pada Hari Raya Puasa kedua tahun lalu, Shahrin didakwa telah melafazkan cerai terhadap pelakon filem Susuk dan Anak itu.

Episod penceraian itu dilaporkan berlaku akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan dan berlanjutan sehingga Shahrin tidak mampu mengawal amarahnya sehingga melafazkan cerai terhadapnya.

Dimaklumkan, selepas Shahrin melafazkan cerai terhadap Ida, beliau telah keluar meninggalkan rumah Ida. Pada 9 Oktober lalu, Shahrin telah mengisi borang pengesahan lafaz cerai di mahkamah itu. Pada 21 Jun lalu, Ida yang juga bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ke-7 ini telah menjalani rawatan membetulkan tulang belakangnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terjatuh di rumahnya.

Kemalangan itu berlaku ketika menaiki tangga di ruang tamu dalam rumahnya yang terletak di Persiaran Syed Putra, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 3 pagi.

Sebelum ini, pengurus peribadi Ida, Fizaruddin Harun atau Fizar menafikan khabar angin yang mengatakan aktres itu dipukul sehingga menyebabkan dia terjatuh. Fizar juga mendakwa Ida tidak mungkin terjatuh disebabkan hilang pertimbangan kerana 'mabuk' memandangkan aktres itu baru pulang dari umrah. Katanya, Ida tergelincir lalu terjatuh apabila sedang menaiki tangga dengan tergesa-gesa.

Fizar juga turut menafikan yang Ida mungkin lumpuh akibat kecederaan tulang belakang yang dialaminya selepas insiden itu kerana sehingga kini doktor belum mengeluarkan laporan itu.

Ida, aktres kelahiran Middlesex, England, dan Shahrin telah berkahwin pada 2 Jun 2006. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi pasangan ini.

Pasangan ini tidak mempunyai anak manakala Shahrin mempunyai dua orang anak iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8, hasil perkahwinan pertamanya.

read more
0 comments

Maya Karin Sedih menghadapi krisis rumahtangga


BARU sahaja ingin merasai kebahagiaan hidup berumah tangga, namun Maya Karin terpaksa redha dengan kemelut yang melanda mahligai yang dibinanya bersama insan tersayang, Steven David Shorthose atau Muhammad Ali Abdullah, 41.

Usia perkahwinannya yang baru sahaja hampir dua tahun itu membuatkan pelakon Pisau Cukur ini tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa dan sedihnya kerana terpaksa melalui saat-saat getir dalam hidupnya.

"Saya memang rasa sedih, tidak pernah saya terfikir perkara tersebut boleh terjadi dalam hubungan kami.

"Saya dan suami sedang mengalami frasa kedinginan dalam rumah tangga kami," katanya

Maya yang masih lagi berahsia dengan punca keretakan hubungan dengan suaminya itu, turut menjelaskan tidak wujud langsung orang ketiga sebagai punca dalam masalah rumah tangganya.

"Saya tidak mahu komen lebih-lebih, tapi apa yang dapat saya katakan sekarang, tidak wujud langsung orang ketiga sebagai punca keretakan dalam hubungan kami.

"Saya tidak salahkan suami atau diri sendiri, tapi saya sedar, punca datangnya adalah daripada kami berdua.

"Setiap orang ada melakukan kesilapan dan perkara itu juga tidak terlepas daripada kami berdua.

"Tidak perlu saya jelaskan dengan lebih lanjut, biarlah kami berdua sahaja yang tahu perkara itu," kata pengacara baru, rancangan Nona itu.

Ditanya mengenai dia dikatakan tinggal berasingan dengan suaminya Muhammad Ali, Maya tetap menyembunyikan perkara itu dan hanya memberitahu dia masih berhubung dengan suaminya dan mereka sedang berusaha untuk memperbaiki semula krisis yang melanda rumah tangganya.

"Saya tetap berhubung dengan suami, kami sekarang sedang berupaya untuk mencari jalan penyelesaian.

"Saya tidak mahu kata jika hubungan kami tidak dapat diselamatkan lagi, mungkin ini adalah sebahagian daripada rencah kehidupan yang terpaksa kami berdua lalui," ujar duta kepada syarikat komunikasi Celcom ini.

Pelakon filem Duyung ini turut memberitahu, semangat dan sokongan daripada keluarganya membuatkan dia semakin kuat menghadapi dugaan tersebut.

"Keluarga saya memberi sokongan dan mereka adalah kekuatan untuk saya hadapi masalah tersebut," kata Maya.

Maya dan Steven bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta. Perkahwinan mereka cukup istimewa kerana berlangsung dalam suasana romantis di tepian Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli dengan majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Kepong, pada 26 Ogos tahun sama.
read more
0 comments

Video Lawak:Besh Lawak Zizan dgn Johan ~ Membeli belah



Jom santai2 hilangkan stress
read more
0 comments

Video Lawak: Masalah rumahtangga kucing versi Cat Fight



alalala...comelnyerr...kucing hitam tue takut betul..hehe
read more
0 comments

Sebab sebab penjara pudu ditutup....... . Mari kita singkap misteri disebalik "Bilik Terakhir"

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur

di suatu ketika dulu.. Hanya

boleh disebarkan pada orang2

tertentu sahaja...



Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu

pernah diceritakan bahawa terdapat

satu bilik dipanggil "Bilik

Terakhir". Dibilik inilah seringnya

berlaku kejadian pelik sejak Penjara

Pudu ditutup.



Dinamakan "BILIK

TERAKHIR " adalah kerana dulu ia

merupakan bilik kediaman terkahir

bagi si pesalah jenayah berat

sebelum menjalani hukuman gantung

sampai

mati pada keesokan harinya dibilik

gantung.



Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah

dikatakan akan meratap,menangis,

menjerit, bercakap seorang diri dan

berbagai lagi perlakuan kerana

menyesali kesalahan mereka yang

lalu. Mereka menjadi begitu kerana

dikatakan tidak kuat semangat

menghadapi maut keesokan harinya yang

telah diketahui mereka.



Menurut kata

warden-warden yang masih ada di

Penjara Pudu ...nak tahu misteri citer nie...klik sini
read more
0 comments

Mula-mula adik angkat...Imuda Menamatkan Zaman muda dgn Gadis 28 tahun Zabarina


BERMULA dengan hubungan antara seorang abang dan adik angkat, keakraban pasangan pengantin baru, Imuda atau nama sebenar Abdul Rahim Muda, 50, dan Zabarina Haja Mushadi Ali, 28, bertukar cinta selepas perkenalan selama empat tahun.

Pelakon, pelukis dan pelawak yang popular menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu berkata, dia tidak pernah menjangka hubungan yang bermula sebagai abang dan adik angkat itu 'melekat' menjadi jodohnya.

"Perkenalan kami kira-kira empat tahun lalu bermula sebagai hubungan antara abang dan adik angkat.

"Masa mula-mula berkawan, saya tidak terfikir langsung untuk bercinta pun. Maklumlah jarak umur saya dengan dia pun jauh.

"Memang saya tak pernah terfikir pun hubungan ini boleh 'melekat' sehingga menjadi pasangan hidup.

"Kami banyak berkongsi rasa dan masalah. Kami rapat dan akrab serta selalu keluar bersama.

"Memang sudah jodoh namanya, daripada hubungan persahabatan bertukar menjadi hubungan perasaan secara perlahan-lahan.

"Saya semakin terpikat dengannya dan begitu juga sebaliknya. Kami suka sama suka.

"Memandangkan saya pun duda dan dia pun bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya, lantas kami putuskan untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan perkahwinan," katanya.

Beralih perbualan kepada reaksi kedua-dua anaknya, Raihana, 17, dan Mohd Redza, 9, mengenai perkahwinan itu, Imuda berkata, kedua-dua anaknya menyambut baik perkahwinan itu. Malah, mereka gembira dan menerima Zabarina sebagai ahli keluarga baru.

"Syukurlah, mereka gembira dengan perkahwinan saya. Malah, mereka menerima Zabarina dengan baik dan mengalu-alukan kehadirannya dalam keluarga kami.

"Mereka juga gembira kerana dapat mak baru," ujarnya dengan loghat Utara yang pekat.

Ditanya mengenai ciri-ciri istimewa Zabarina sehingga menawan hati pelakon filem Imigran itu, Imuda berkata, kematangan dan keikhlasan penolong pengurus bank itu menerimanya seadanya menjadi faktor utama buatnya menyunting Zabarina sebagai suri.

"Dia seorang wanita yang sempurna di mata saya. Cukup dengan budi bahasa dan paling penting, dia menerima saya seadanya.

"Keikhlasan hati dan keluhuran budinya meyakinkan saya untuk menjadikan Zabarina sebagai isteri.

"Kebetulan pula, saya sudah bertahun-tahun hidup sendiri dan kesunyian.

"Dia adalah pendengar dan penasihat yang baik. Perkara-perkara itu yang membuatkan saya selesa dengan Zabarina," jelas Imuda.



Menyentuh serba ringkas makna perkahwinan ini buatnya, Imuda berkata, dia sangat gembira dan bahagia dengan jodoh ini. Lebih menarik, hidupnya kini lebih terisi berbanding sebelumnya.

Jika selama tujuh tahun hidupnya sepi dan kosong tanpa wanita di sisi, kehadiran Zabarina memenuhi kekosongan dan kesunyian di sanubari pelawak yang sinonim dengan watak Sam menerusi sitkom 2 + 1 ini.

"Alhamdulillah, hidup saya semakin bahagia dan terisi sekarang. Kesunyian dan kesepian hidup selama tujuh tahun ini semakin terisi dengan kehadiran Zabarina.

"Ada orang yang boleh jaga dan urus makan, minum dan pakaian saya. Yang paling penting, kini saya ada teman baru untuk bersembang dan berkongsi pelbagai cerita atau masalah," ujar Imuda dengan nada gembira.

Bercerita tentang perancangan bulan madu, Imuda berkata, dia dan isteri masih belum menetapkan sebarang perancangan untuk bulan madu buat masa ini.

Menyedari komitmen kerja dan kesibukan selepas mengadakan majlis perkahwinan, pasangan ini hanya akan berbulan madu sekitar bulan depan.

"Buat masa ini, kami masih belum tentukan bila akan pergi berbulan madu. Kami masih penat lagi dan majlis pun baru saja selesai.

"Banyak urusan yang perlu diselesaikan dulu. Apa pun, mungkin kami akan pergi bulan madu dalam bulan depan di negara serantau, mungkin Indonesia atau Singapura. Kita tunggu dan lihatlah," katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Imuda turut mengakui, isterinya itu masih malu-malu dan agak terkejut dengan limpahan publisiti dan majlis-majlis hiburan yang disertainya.

Bagaimanapun, Imuda yakin Zabarina akan mula membiasakan diri dengan persekitaran baru ini secara perlahan-lahan.

"Maklumlah, dia orang biasa dan tidak begitu terdedah dengan dunia seni dan aktiviti-aktiviti hiburan.

"Memandangkan saya pula orang seni, mahu tak mahu dia harus membiasakan diri juga selepas bergelar isteri saya. Tapi, saya yakin dia boleh membiasakan diri secara perlahan-lahan," katanya lagi.




read more
0 comments

Ahmad Idham terguris dgn kata-kata Farid "menciplak cerita Rempit V3"


Ceh..gambar mcm xleh nak skema lagi je guna utk post nie.. :P

Pengarah filem kesal dakwaan sebahagian karya Adnan Sempit hasil ciplak

PENGARAH dan pelakon terkenal, Ahmad Idham yang kini layak digelar 'pengarah jutawan' selepas filem arahannya, Adnan Sempit mencapai kutipan box-office RM7.75 sehingga Khamis lalu.

Namun, dalam kegembiraan beliau apabila Adanan Sempit mendapat sambutan hebat dan luar biasa dalam sejarah perfileman di negara ini, jiwanya berasa kesal dan sedih sambil menyifatkan tindakan aktor serta pengarah muda, Farid Kamil yang mendakwa filem arahannya itu meniru atau menciplak filem arahan sulung beliau, V3: Samseng Jalanan sebagai tindakan seseorang yang belum matang.

Sekali gus, Idham berasakan sikap Farid yang membuat tuduhan seperti itu melambangkan keperibadiannya yang sebenar apabila perhubungan mereka berdua sebelum ini berjalan lancar secara peribadi mahupun profesional.


David Teo
Tambah Idham, dia tidak tahu apa sebenarnya niat Farid menyuarakan ketidakpuasan hatinya menerusi laman blog yang mendakwa di pertengahan jalan cerita Adnan Sempit adalah berkisar V3: Samseng Jalanan yang sudah diolah oleh pihak tertentu yang licik mencipta peluang atau dalam erti kata lain, mendakwa sebahagian idea Adnan Sempit yang masih menggegar pawagam sehingga hari ini adalah miliknya.

Sekalipun Farid tidak menyebut nama Idham menerusi blog berkenaan, tapi sebagai pengarah dan penulis skrip asal Adnan Sempit, pastinya ramai pihak tertanya-tanya adakah benar Idham menciplak idea Farid? Apakah juga kerana idea ciplak itu Adnan Sempit mampu mencipta fenomena baru kutipan box-office filem Melayu?

“Sebenarnya saya tak mahu mencipta kontroversi menerusi isu ini, lagipun saya dalam rangka mempromosi filem terbaru terbitan syarikat saya, Niyang Rapik yang bakal menjengah pawagam bermula 25 Februari ini. Tambahan pula apa yang disuarakan Farid datang daripada dirinya sendiri dan bukan dikeluarkan pihak Excellent Pictures.

“Bagi saya, Farid tak biasa berhadapan dengan perkara seumpama ini. Dia tak tahu ‘permainan’ dalam industri hiburan. Apabila Farid mengeluarkan kenyataan begitu menerusi blog, bagi saya dia tiada kematangan dalam industri. Apabila artikel ‘Idham ciplak Farid?’ didedahkan media massa menerusi akhbar mingguan Ahad lalu, sehingga hari ini (Khamis, 18 Februari), Farid belum lagi menghubungi saya untuk sebarang penjelasan.

“Apabila berlaku perkara seumpama ini, bagi saya ini adalah proses pembelajaran bagi dirinya sendiri. Antara saya dan Farid, kami mengenali antara satu sama lain. Hari-hari kami bertemu, bekerja dan minum teh bersama. Justeru, apabila Farid menyuarakan perasaan tidak puas hatinya menerusi blog, bagi saya ia melambangkan keperibadian seseorang itu.

“Saya tidak dapat menafikan, perasaan saya sedikit terguris dan terasa hati dengan kata-kata Farid di laman blognya. Namun, seperti saya katakan tadi, Farid tak biasa dan belum matang dalam industri ini. Farid juga baru nak mengenali dunia pengarahan. Bagi saya, tak ada apa-apa yang boleh menghalang kami daripada terus berkarya. Kami masih boleh bekerjasama pada masa akan datang, tak timbul sebarang masalah,” katanya tenang.


Farid Kamil
Farid juga baru selesai membintangi filem terbaru terbitan MIG Production, Cuti-Cuti Cinta arahan Ahmad Idham.

Idham ketika dihubungi sedang sibuk di lokasi filem terbaru arahannya, Damping Malam lakonan Amy Mastura, Eizlan Yusof dan dirinya sendiri, juga terbitan MIG Production.

Pun begitu, ketika ditanya sejauh mana kesahihan dakwaan Farid, Idham menafikan sekeras-kerasnya jalan cerita Adnan Sempit meniru V3: Samseng Jalanan, tambahan pula kedua-dua filem berkenaan berbeza genre dan jalan cerita.

“Farid menonton Adnan Sempit bersama saya pada minggu pertama filem berkenaan menjengah pawagam. Dia memuji filem itu. Jadi, kenapa baru sekarang isu ciplak ini ditimbulkan? Minggu depan ada pra-tonton V3: Samseng Jalanan, justeru pihak wartawan boleh menilai sendiri di manakah persamaan antara Adnan Sempit dan V3: Samseng Jalanan,” kata Idham yang tidak menyimpan perasaan amarahnya terhadap Farid.

'Jiwa Farid masih mentah'

Penerbit MIG Production, David Teo ketika dihubungi berkata, apa yang disuarakan Farid menerusi laman blog adalah pandangan peribadinya semata-mata.

“Tidak timbul isu Farid nak menghentam sesiapa termasuk Ahmad Idham. Lagipun, antara Adnan Sempit dan V3: Samseng Jalanan, kedua-dua filem ini menampilkan genre yang amat berbeza, Adnan Sempit - romantik / komedi, manakala V3: Samseng Jalanan - aksi /seksi dan ganas. Perbezaannya umpama langit dan bumi.

“Bagi saya, jiwa Farid masih muda dan mentah. Dia cepat mengeluarkan perasaan dan pendiriannya, kemudian baru nak berbincang. Saya yakin, apa yang disuarakan Farid, tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak, lagipun Ahmad Idham adalah penasihat V3: Samseng Jalanan. Bagi saya, Farid tak tahu apa akibatnya apabila meluahkan perasaan menerusi blog. Dia tak fikir panjang, maklumlah orang muda.

“Saya sudah menasihatkan Farid supaya dia benar-benar faham mengenai industri. Ini adalah satu pengajaran terbaik bagi Farid, kini baru dia sedar, kita tak boleh meluahkan perasaan sesuka hati menerusi apa saja medium yang boleh diakses oleh pihak lain. Kalau nak tulis, luahkan dalam diari peribadi, tapi jangan sampai diari berkenaan hilang dan jatuh ke tangan orang lain,” kata David yang tidak mahu menimbulkan kontroversi.

Farid Kamil gagal dihubungi

USAHA mendapatkan komen atau maklum balas daripada Farid Kamil mengenai niat sebenarnya beliau meluahkan perasaan tidak puas hati di laman blog berkaitan isu ciplak ini menemui jalan buntu apabila semua SMS dan panggilan telefon kepadanya tidak mendapat sebarang balasan.

Apabila perkara ini diajukan kepada David, dia menasihatkan penulis supaya membuka laman blog Farid dan melihat sendiri status terbaru aktor berkenaan.

Justeru, ini saja yang dapat dipaparkan mengikut apa catatan terkini Farid seperti dipaparkan dalam blognya.

“Maaf. Salam, daripada hati yang tulus ikhlas saya ingin memohon maaf kepada semua pihak di atas keterlanjuran saya memberi komen terhadap filem Adnan Sempit dalam entry 'Ciplak' tempoh hari. Ia hanya pandangan saya secara peribadi dan tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Maka, saksikanlah V3: Samseng Jalanan di pawagam 11 Mac ini,” kata kenyataan itu.

Farid juga dikatakan tidak berani untuk memberi penjelasan kepada media massa kerana menerima teguran daripada pihak pengurusan produksi.
read more
0 comments

Maya Karin enggan mengulas tentang isu main kayu tiga,tp mengakui bhw masih berjumpa dgn suaminya


DESAS-DESUS mengenai perkahwinan aktres Maya Karin yang dikhabarkan kini sedang berantakan dengan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven mula tersebar luas kebelakangan ini.

Lebih memburukkan keadaan, timbul pula dakwaan yang mengatakan Maya kini sudah bercerai dan cuba menyembunyikan kenyataan itu. lantas menghubungi Maya bagi mendapatkan penjelasannya.

Ujarnya, cerita mengenai penceraian itu adalah tidak berasas sama sekali. Malah, ketika diminta menjelaskan situasi sebenar, Maya mendiamkan diri seketika sebelum menyambung bicara.

Katanya, apa yang pasti mereka kini sedang berusaha untuk mengukuhkan hubungan mereka. Justeru, Maya lebih selesa untuk tidak membesar-besarkan cerita yang tidak sahih itu. Tegasnya, apa pun cerita yang tersebar, hubungan mereka masih baik dan tiada sebarang perkara buruk yang berlaku.

"Apa yang boleh saya katakan, kami sedang berusaha untuk mengukuhkan hubungan kami suami isteri.

"Perkahwinan ini masih muda dan banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari. Tapi, tiada apa yang buruk berlaku," katanya.

Menjawab desas-desus yang mengatakan suami Maya, Steven tidak lagi tinggal sebumbung dan telah berpindah keluar ekoran kerenggangan dalam perkahwinan mereka, Maya berkata, orang luar yang tidak tahu perkara sebenar boleh berkata apa sahaja. Hakikatnya, mereka masih lagi suami isteri dan tidak bercerai seperti mana yang didakwa.

"Orang luar boleh bercakap apa sahaja kerana mereka tidak mengetahui perkara sebenar.

"Ingin saya tegaskan di sini, tiada apa yang berlaku dalam perkahwinan saya. Kami masih suami isteri dan kehidupan masih berjalan seperti biasa.

"Cerita yang mendakwa perkahwinan saya sedang berhadapan dengan masalah adalah tidak berasas. Tiada apa yang berlaku dalam perkahwinan kami," ujarnya lagi.

Maya lantas ditebak dengan pertanyaan adakah dia cuba menyembunyikan cerita sebenar ekoran dakwaan yang mengatakan keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada sikap Maya yang bermain kayu tiga dengan seseorang dan mengakui hubungan itu kepada suaminya.

Bintang Pisau Cukur itu berkata, cerita peribadinya termasuklah cerita rumah tangga adalah hak privasinya. Dia berharap agar tiada pihak yang cuba memaksanya mengulas cerita-cerita peribadi.

"Sebolehnya saya tidak mahu mengulas lanjut perkara sebegini. Saya lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai cerita peribadi.

"Cerita peribadi seperti perkahwinan adalah hak privasi saya dan saya harap semua pihak dapat menghormati hak saya.

"Perkara sensitif sebegini jika diberikan sebarang komen atau ulasan, takut akan melarat dan menjadi bertambah buruk.

"Saya bimbang jika sebarang kenyataan yang dikeluarkan nanti akan hanya memburukkan keadaan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Maya ditanya adakah situasi dalam rumah tangganya kini ibarat retak menanti belah dan mereka terpaksa tinggal berasingan sebelum memutuskan sebarang keputusan. Namun, Maya enggan mengulas lanjut.

"Maaf saya tidak dapat beri sebarang komen. Apa yang boleh saya katakan, kami masih baik dan masih berjumpa seperti biasa," ulas Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2008 itu.
read more
0 comments

Tiger wood mengadakan Press conference :Im deeply sorry



ok,Tiger wood dah cuak dgn kutukan dan kecaman yg diterima..lebih2 lagi sebab dia negro yg berkahwin ngan "white woman" and curang kat mat salleh kan..so habis kene kutukz la..

dia jugak mengatakan bahawa dia terhanyut dgn dunia kemewahan..katanya dia dah bekerja keras selama nie..so dia rasakan dia berhak dpt enjoice dan berpoya2 sekali skala...tp bukan skali skala..sbb dia mmg dah lama berpoya2..

bini dia cukup segak..ish2...tiger2..nafsu rimau ye tuan2 dan puan2..dia ada 10 org wanita simpanan @ affair...hehe..
read more
0 comments

Video lawak:zizan final raja lawak 1 "hormat mentua"



rugi dulu x pernah tgk zizan dlm raja lawak...i loike him la..funny guy
read more
0 comments

Video lawak: Justin Timberlake Ft. Zizan[Raja Lawak] - Sexy Back

hahahaha..i lurve zizan ok...his face expression lawak laaa..
tgk masa dia menjeling tue...siot je...pecah perut gue..


read more
1 comments

Diana Danielle Pakai Subang berhuruf F & K (Farid Kamil la) & Cintan cintun dlm Fesbook Farid Kamil dgn DD



RAMAI yang dah tahu keintiman yang terjalin antara dua bintang muda terhangat di pasaran ni.

Walaupun Diana Danielle atau pun Farid Kamil tidak pernah membuat kenyataan rasmi tentang keintiman mereka, tapi orang dah boleh agak mereka ni bercinta.

Yang menariknya, baru-baru ini teman Ad Lib yang cantik rupawan tu datang ke majlis pelancaran filem terbaru lakonan aktres 'meletup' tu.

Kata teman Ad Lib yang boleh tahan 'kepoh' ni, pandangannya 'tertarik' pada telinga Diana. Terkesima jugalah teman Ad Lib dibuatnya bila terpandang ke arah telinga aktres tu.

Jangan salah faham, bukannya teman Ad Lib tu terpukau dengan bentuk telinga Diana tapi subang di telinganya.
Bukan sebab Diana pakai subang berlian, emas atau zhulian tapi subang yang cukup istimewa. Subang yang berbentuk huruf.

Kata teman Ad Lib, Diana memakai subang yang berbentuk huruf F dan K di kedua-dua belah telinganya. Perhati punya perhati, teman Ad Lib terus dapat menangkap apa maksud dua huruf itu.

Menurut tafsiran teman Ad Lib, dua huruf tu adalah dua huruf pertama nama Farid Kamil. Kalau betullah dua huruf tu merujuk kepada Farid Kamil, sahlah mereka sedang bahagia.

Ad Lib: Tak perlulah nak mengelak-elak bila ditanya pasal bercinta tapi pakai subang ada huruf F & K? Hmmm... apa maksudnya tu?

Bukti hubungan DD dan FK bercinta...



Mari kita kenal pasti sejak bila mereka nie ada SESUATU..haha

read more
0 comments

Faezah Elai kesal dituduh gugur anak luar nikah apabila berjumpa pakar sakit puan


FAEZAH Elai dikatakan gugur anak luar nikah? Memang tersentap hati mendengar dakwaan terbaru ini kononnya model dan aktres yang sedang menempa nama ini menggugurkan janin hasil keterlanjurannya dengan teman lelaki di sebuah klinik sakit puan di ibu kota, baru-baru ini. Gosip terbaru ini sedang hangat diperkatakan di laman sesawang dan spekulasi terus meniti daripada mulut ke mulut di kalangan wartawan hiburan.

Lebih hangat, Faezah kononnya ditemani rakan baiknya sendiri apabila dia nekad melakukan perbuatan terkutuk itu. Namun, sejauh mana kebenaran mahupun kesahihan gosip berkenaan tidak dapat dipastikan? berjaya memujuk Faezah membuka mulutnya dalam pertemuan di sebuah restoran di Bangsar, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

"Saya ada sejenis penyakit yang dikenali sebagai urine infection atau dalam bahasa Melayu, kencing tak lawas. Saya menderita sejak 12 tahun yang lalu. Saya akui, teman baik saya pernah beberapa kali menemani saya ke klinik atas sebab kesihatan itu. Dia pun tahu saya sakit apa. Pastinya saya akan ke klinik berkaitan sakit puan untuk tujuan pemeriksaan dan rawatan lanjut. Takkan saya nak jumpa doktor lelaki! Tapi, itu cerita lama.



"Tambahan pula, ketika saya masih menjalani penggambaran filem terbaru filem Cun di Alor Setar, Kedah, baru -baru ini, saya juga ada ke klinik disebabkan penyakit yang sama beberapa kali. Pihak produksi tahu, saya sering ke klinik dan segala bil rawatan, mereka yang bayar. Pengurus produksi sendiri yang mengambil bil berkenaan di klinik untuk tujuan tuntutan perbelanjaan.

"Jadi, laporan yang mendakwa kononnya saya sakit perut, seterusnya menggugurkan janin di sebuah klinik sakit puan di ibu kota adalah tidak benar sama sekali! Sebenarnya cerita itu sudah dimanipulasi, direka-reka dan 'nasi tambah' daripada pihak tidak bertanggungjawab. Segala cerita yang sedang tersebar ini adalah fitnah semata-mata," katanya.

Seperti dikatakannya, isu dirinya ke klinik sakit puan memang benar ditemani rakan baik tetapi sebenarnya ia sudah setahun berlalu, namun masih dipertikaikan hingga ke hari ini bersama 'versi nasi tambah'.

Kata Faezah, atas nasihat keluarga, dia sudah membuat laporan polis dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan, mencari siapakah dalang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini.

"Pada masa sama, saya turut menerima kiriman SMS daripada seseorang sejak setahun lalu yang berunsur ugutan. Justeru, saya tidak boleh memberikan kenyataan panjang lebar kerana isu berkenaan masih di dalam siasatan pihak polis. Biarlah pihak polis mengesan siapakah dalang yang menyebarkan cerita rekaan itu dengan tujuan negatif ke atas diri saya dan keluarga.

"Memang saya tak nafikan, atas faktor kesihatan, memang saya ada ke klinik beberapa kali ditemani seseorang, itu adalah fakta. Tapi, cerita yang diputarbelitkan ialah saya ke klinik kerana sakit perut, sekali gus menggugurkan kandungan hasil keterlanjuran dengan teman lelaki! Cerita berkenaan benar-benar mengaibkan saya sekeluarga kerana ia terang-terangan berunsur fitnah yang bertujuan menghancurkan nama baik saya!" katanya.



'Ada dalang sebar fitnah'

Yang jelas, ketika cerita rekaan itu mula menular di kalangan wartawan sedikit masa lalu, Fazah menjelaskan, pada masa itu dia sedang sibuk dengan latihan tarian selama dua bulan untuk penggambaran filem Adik Manja Returns.

"Bayangkan sekiranya benar saya sedang mengandung ketika itu, macam mana saya nak menari? Justeru, dakwaan kononnya saya mengandung memang tak masuk akal sama sekali! Saya tak faham, kenapa ada dalang yang sanggup menyebarkan fitnah ini. Tapi, saya tak tahulah, sekiranya dia (dalang) buat kerja ini (sebar fitnah), dia dapat upah! Kenapa dia tergamak, sedangkan saya tak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tak pernah berniat menabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Saya hairan, ada pihak yang sanggup menjatuhkan karier saya yang baru saja nak bermula.

"Kepada dalang yang bertanggungjawab, saya mohon dia menghentikan perbuatannya. Just leave me alone! Masing-masing ada kehidupan dan kerja yang harus diselesaikan. Please move on! Apa yang dah lepas, biarkan ia berlalu. Sebenarnya saya tak mahu perkara ini berlanjutan sehingga saya terpaksa mengheret isu ini ke mahkamah. Banyak kerja lain lagi!

"Saya banyak bertolak ansur dalam pelbagai perkara, namun sekiranya saya masih mendengar dia terus terusan menyebar fitnah, jangan paksa saya mengambil tindakan undang-undang. Percayalah, kita buat orang hari ini, menganiaya insan lain, suatu hari nanti ia pasti terkena kepada batang hidung sendiri! Ketika ini fokus saya hanya kepada karier dan pada masa sama berharap pihak polis berjaya menjalankan siasatan mereka dalam hal ini," katanya.
read more
0 comments

Kemungkinan Nabil bakal Berdepan dengan Saman dari Penerbit Filem Lu pikirlah sendiri ekoran kritikan terhadap filem itu sblum tayangan nya..


Haih..nabil2...serabut semuanya...lu pikerlah sendiri..memang x patut lu kritik camtue sblm tayangan..cos memula gua pun igt nak g tgk..tp dah terbantut hasratku..takpela..nanti gua g tgk la jugak..kot2 filem ni xla seteruk yg lu ckp kan..huhu..

P/s:jangan sampai penerbit filem takut ambik nabil berlakon lak..cian dier

Pelakon utama filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie minta maaf pada penerbit dan pengarah

GARA-GARA keterlanjuran memberi komen dan kritikan pedas terhadap filem lakonan sendiri, Lu Pikirlah Sendiri de Movie (LPSdM), Bintang Paling Popular 2008, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, dikatakan bakal berdepan tindakan undang-undang daripada penerbit filem berkenaan, SDAF Pictures, Datuk Suhaimy Othman sekiranya Juara Raja Lawak 2 itu berterusan memberi kenyataan media berunsur negatif terhadap filem terbitannya.

Pengarah dan penerbit bersama LPSdM, Aminah Rhapor ketika dihubungi Rabu lalu memaklumkan, Suhaimy terkilan dengan beberapa komen Nabil yang disiarkan beberapa akhbar, baru-baru ini, terutama artikel menerusi Metro Ahad terbitan 7 Februari berjudul ‘Nabil kecewa’ yang terang-terangan melahirkan perasaan kecewa terhadap filem lakonan sendiri, selain mendakwa pembikinan LPSdM tidak disempurnakan dengan baik.

Katanya lagi, kritikan pedas Nabil terhadap filem lakonan sendiri, dia secara sedar atau tidak sudah melanggar kontrak yang ditandatangani sebelum ini apabila wujudnya terma dan syarat memaklumkan artis yang membintangi LPSdM tidak dibenarkan memberi sebarang kenyataan berbau negatif terhadap filem berkenaan.

“Pada 10 Februari lalu, Datuk sudah mengarahkan petugasnya untuk menyemak kembali kontrak yang ditandatangani Nabil sebelum ini. Datuk ingin melihat sendiri kontrak berkenaan dan meneliti adakah benar Nabil sudah melanggar kontrak apabila dia mengeluarkan kenyataan media menyelar filem lakonannya sendiri. Datuk juga sedang mengumpul beberapa keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Nabil terhadap LPSdM.

“Pun begitu, Datuk belum memanggil saya sebagai penerbit bersama untuk duduk berbincang secara serius mengenai tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap Nabil. Bagi saya, secara dasar Nabil terbabit dalam dua kes iaitu gagal memberikan komitmen kepada promosi LPSdM dan mengeluarkan kenyataan media berbau negatif terhadap filem lakonan sendiri.

“Saya sendiri tidak mahu memanjangkan perkara ini memandangkan LPSdM baru saja menjengah pawagam 11 Februari lalu. Namun, sekiranya Nabil terus mengeluarkan kenyataan atau kritikan negatif terhadap filem lakonannya selepas ini, Datuk dan saya akan berbincang mengenainya dan mungkin Nabil bakal berdepan dengan tindakan undang-undang,” jelas Aminah.

Aminah yang juga pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, menjelaskan sekalipun tanpa Nabil menyertai pasukan produksi memberikan promosi terhadap filem arahannya, dia tetap meneruskan perjuangan bersama artis lain memastikan LPSdM berjaya menggamit penonton ke pawagam, selain berharap filem berkenaan mampu mencapai sasaran kutipan tiket.

“Terpulanglah kepada Nabil nak berbuat apa saja, nak datang promosi atau tidak. Lu pikirlah sendiri Nabil... Bagi saya, ia bukan satu masalah. Yang penting saya tetap berpuas hati dengan lakonan jujurnya menerusi filem ini. Terus-terang, saya tak pernah marah atau merajuk dengan Nabil. Inilah hakikat dunia yang perlu saya terima,” kata Aminah.

Sementara itu, Nabil ketika dihubungi dan dimaklumkan bahawa dia bakal berdepan dengan tindakan saman, melahirkan perasaan kesal dan bersalah terhadap beberapa kenyataan media yang pernah dibuatnya sebelum ini, sekali gus memohon maaf kepada penerbit, pengarah dan seluruh tenaga produksi LPSdM, selain karyawan seni yang tersinggung dengan kata-katanya yang disifatkan terlalu jujur serta telus, sebaliknya mengundang padah.

“Saya mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan keterlanjuran kata-kata saya sebelum ini. Saya silap percaturan. Sekarang baru saya tahu, saya tidak boleh memberikan komen negatif terhadap filem lakonan sendiri. Saya juga baru dimaklumkan, saya adalah artis pertama yang memberi kritikan pedas ke atas filem sendiri.

“Saya sekadar memberi komen yang jujur terhadap filem ini, tak mahu hipokrit. Baru saya sedar, kritikan yang terlalu telus memakan diri sendiri. Apabila ada ulasan daripada pihak wartawan yang memberi komen negatif terhadap LPSdM selepas majlis pra-tontonnya baru-baru ini, saya berpendapat, apa salahnya saya juga melahirkan kritikan yang selari dengan mereka, rupa-rupanya ia satu kesilapan.

“Semua yang saya lalui ini, adalah perkara baru dalam hidup saya. Sekarang apabila sudah terkena batang hidung sendiri, baru saya belajar kerana sebelum ini tak ada pengalaman langsung. Bagi saya, jika kita tak buat kesilapan, kita tak jumpa jalan yang betul. Terus-terang, ketika saya mengeluarkan kenyataan itu, saya tak berniat langsung memboikot filem ini atau menghalang orang ramai menontonnya di pawagam.

“Saya sekadar meluahkan perasaan secara jujur. Saya sedar, produser sudah mengeluarkan belanja yang banyak untuk pembikinan filem ini. Tambahan pula filem ini menggunakan tagline saya sebagai judul, sekali gus LPSdM memberi impak yang besar kepada diri saya. Justeru, sudah pasti saya mengharapkan filem kedua lakonan saya ini berjaya di pawagam.

“Namun, disebabkan keterlanjuran kata-kata sendiri, tanpa disedari saya sudah melukai hati banyak pihak. Justeru, sekali lagi dengan rasa rendah diri, saya mohon maaf kepada Datuk Suhaimy (Othman), Aminah Rhapor dan semua yang tersinggung. Saya mohon perkara ini tidak dipanjangkan dan diheret hingga ke mahkamah,” jelas Nabil yang menyesali keterlanjuran kata-katanya.

Harapan Nabil, pihak produksi memberinya peluang memperbaiki kesilapan memandangkan dirinya masih terlalu mentah di dalam industri hiburan. Dia juga berjanji kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi demi masa depan yang masih terlalu panjang perjalanannya.

“Insya-Allah untuk produksi dan filem akan datang, saya berjanji akan memberikan komitmen terbaik. Namun, dalam masa terdekat, saya mengharapkan orang ramai terus memberikan sokongan kepada LPSdM, ada rezeki box-office! Seluruh jentera produksi sudah memberikan yang terbaik untuk memastikan filem ini memenuhi cita rasa. Justeru, terpulanglah kepada peminat membuat penilaian, moga anda terhibur,” kata Nabil.
read more
0 comments

Aishwarya Rai Berlakon Botak dalam Filem


AKTRES jelita Bollywood, Aishwarya Rai akan tampil botak untuk filem terbarunya Action Replay.

Namun bagitu Aishwarya tentu sahaja tidak akan merelakan rambut indahnya yang panjang dipotong habis. Dia akan mengenakan rambut palsu yang dirancang khusus untuk filem ini.

Seperti dipetik dari Apunkachoice.com, Pereka Hollywood Paul Pattison diupah untuk membuat rambut palsu yang sesuai untuk filem arahan Vipul Amrutlal Shah.

Kali ini Shah berniat membuat penampilan berbeza bagi kedua karakter utamanya yang dimainkan oleh Aishwarya dan Akshay Kumar.

Setelah berbincang dengan kumpulan kreatif. Akhirnya mereka telah memutuskan untuk mengupah pereka tersebut.

Pattinson sebelum ini sudah pernah membuat projek Hollywood untuk filem Mission Impossible II dan Braveheart.
read more
0 comments

Setelah 7 tahun berkahwin akhirnya Farrah Adeeba menimang cahaya mata angkat bernama Mohammad




SEPI tanpa cahaya mata memberi kesan kepada pengacara Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 32, sehingga menerbitkan air mata di pipi.

Setelah tujuh tahun berkahwin, akhirnya doa Farrah dikabulkan Tuhan. Pada 31 Ogos lalu, dia telah dikurniakan seorang anak angkat iaitu Mohammad Razique Abdullah.

“Alhamdulillah, pada 31 Ogos bersamaan 10 Ramadan lalu, Tuhan telah membuka pintu rahmat dan mendengar doa saya.

“Walaupun dia anak angkat tetapi saya telah menganggapnya seperti anak sendiri. Saya amat tersentuh apabila melihat bayi kecil ini. Dia telah menawan hati saya…,” luah pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI), Akademi Al-Quran (AQ) dan Cari Menantu itu dalam nada teruja.


Sinar bahagia terpancar pada wajah pasangan suami isteri ini.

Sekalipun tidak pernah merasai detik hamil mahupun melahirkan anak, perasaan Farrah waktu itu bahagia dan terharu bagaikan melalui pengalaman tersebut.

Lewat petang sebelum berbuka puasa, Farrah yang secara automatik bergelar ibu itu terus ke pusat membeli-belah One Utama untuk membeli barangan keperluan Mohammad.

“Pada pukul 5.30 petang, saya pergi ke One Utama untuk membeli katil, pakaian, susu, botol susu dan lampin bayi. Bila dia menangis pada malam itu, saya dan suami cuba menyelesaikan masalah itu bersama.


“Sekarang saya dah belajar sedikit demi sedikit tentang cara menjaga bayi melalui pembacaan di internet dan buku,” ceritanya mengenai bayi yang baru mencecah usia lima bulan itu.

Disebalik rezeki yang dikurniakan itu, Farrah berkata dia lebih mensyukuri nikmat dan akur dengan kesabarannya selama ini.

“Sebelum ini, saya lebih sibuk dengan kerja dan kalau mempunyai anak waktu itu mungkin saya akan jatuh pengsan. Sebab itu dalam ayat al-Quran ada menyebut Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.

“Apabila saya mendapat Muhammad sekarang, saya sudah tidak rasa sedih langsung. Saya juga berasa seronok dan terlalu puas hati walaupun tidak mengandung.

“Kadangkala saya tak percaya juga dengan apa yang saya dapat sekarang tetapi Allah sudah aturkan dengan elok,” tutur isteri kepada Muhammad Rafique Rashid Ali, 33, itu.

Selepas mempunyai anak, pemenang tempat kelima Pengacara Jemputan Nona 2002 itu lebih memikirkan tentang kehidupan bekeluarga berbanding karier.

Namun tidak bermakna dia sudah berhenti daripada melakukan kerja pengacaraan kerana masih terikat dengan program Nasi Lemak Kopi ‘O’.

“Sekarang saya akan melakukan kerja 2 in 1 dan yang berdekatan dengan rumah sahaja. sebab saya belum mempunyai pembantu rumah.

“Saya yakin rezeki ada di mana-mana...lagipun sebelum mendapat Muhammad, saya memang sudah merancang untuk kurangkan kerja luar.

“Tetapi apabila saya mendapat kerja part time, saya akan memanggil jururawat dari hospital untuk menjaga Muhammad di rumah,” beritahunya yang akan terlibat dalam satu seminar ‘Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat’ di KB Mall, Kota Bharu pada hari ini, pukul 2 petang.

Panelis lain yang akan turut serta dalam seminar itu adalah novelis Ayat-Ayat Cinta, Habiburrahman El-Shirazy dan pengacara Wardina Safiyyah.

Farrah pernah menyertai program realiti Pengacara Jemputan Nona (PJN) yang disiarkan oleh stesen televisyen TV3 pada 2002.

Dia adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan seterusnya membuat 'chambering' di firma guaman Cheong Wai Meng & Van Buerie, Pulau Pinang.

Selepas itu, Farrah mengajar pelajar yang mengambil jurusan Undang-undang di Pusat Matrikulasi UIA, Seksyen 16 Petaling Jaya
read more
0 comments

Perkahwinan Maya Karin pula kini Dikatakan Retak menanti Belah



Susah sebenarnya untuk kami percaya yang nama Maya Karin timbul dalam kalangan mereka yang mengalami masalah rumahtangga.

Gossip yang timbul 48 jam lepas ini memberi bayangan bahawa keadaan rumahtangga pelakon berbakat Malaysia ini sedang goyah menanti rebah.

Menurut satu sumber, suami Maya Karin, Steven David Shorthose atau namanya Islamnya, Muhammad Ali, telah berpindah keluar rumah kediaman mereka.

Semua’nya di’katakan berpunca daripada sikap Maya Karin yang bermain kayu tiga dengan seseorang yang berada & mengakui hubungan itu kepada suami.

Suami Maya Karin di’katakan telah memfailkan penceraian Isnin lalu. Jika benar, pasti ada akhbar yang membuat liputan bukan?

Untuk membela diri, Maya Karin di’katakan melakukan semua itu kerana beliau & suami jarang meluangkan masa bersama.
read more
0 comments

Zarina Ann Julie ditahan di LCCT kerana Enggan Jalani Ujian Air Kencing,manakala Aril Pilus dilepaskan kerana bebas dadah



SEPANG: Artis wanita yang pernah menggemparkan industri hiburan dengan kemunculan beberapa keping gambar lucah, kembali mengundang kontroversi apabila mengaku secara lisan mengambil dadah ketika ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam sekatan jalan raya di jalan keluar dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, malam tadi.


Pelakon berusia 24 tahun yang membintangi drama seram bersiri popular Anak Pontianak itu ditahan bersama rakannya selepas mengaku mengambil ketamin, manakala rakannya mengaku mengambil syabu.

Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 9 malam ketika dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos berhampiran lokasi sekatan diadakan.

Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin, berkata ketika ditahan untuk ujian saringan secara rambang, artis terbabit bersama rakannya enggan menjalani ujian air kencing apabila diarah berbuat demikian.


“Pelakon berkenaan bagaimanapun mengaku secara lisan mengambil ketamin, manakala rakan perempuannya mengambil syabu.



“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan dibawa ke pejabat AADK di Sepang untuk ujian air kencing serta siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan di sini, malam tadi.

Jika didapati positif mengambil dadah, mereka boleh diperintahkan oleh mahkamah menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) selama dua tahun.

Nani berkata, pelakon berkenaan antara tujuh individu yang ditahan selepas didapati mengambil dadah sepanjang Ops Perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan sejak jam 8 hingga 11 malam tadi.

Operasi yang disertai 27 pegawai AADK Selangor dan 20 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, bertujuan mengesan pemandu, terutama dari sektor pengangkutan awam, yang mengambil dadah.

Menurutnya, sebanyak 86 pemeriksaan air kencing dilakukan dan daripada jumlah itu, lima didapati positif syabu dan dua positif ketamin.

Selain itu, AADK memeriksa seorang artis Akademi Fantasia 7, Aril Pilus, dalam operasi itu tetapi dilepaskan selepas ujian air kencingnya didapati negatif.

read more